|
1. Warganegara Malaysia yang berumur 30
tahun ke bawah layak mengambil bahagian
( termasuk pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta – tempatan / luar negara ).
2. Produksi yang dihasilkan pada tahun 2007 dan 2008 sahaja layak
menyertai pertandingan.
3. Tema bagi produksi Program Karyawan Muda 2008 adalah terbuka
(universal) dan mestilah berbahasa Malaysia.
4. Produksi mestilah tidak memaparkan isu-isu sensitif atau
kontroversi dari segi budaya dan agama masyarakat Malaysia.
5. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah memenangi
anugerah dalam mana-mana festival filem / video peringkat kebangsaan
dan
antarabangsa.
6. Format produksi hendaklah memenuhi kualiti siaran (broadcast
standard).
7. Peserta digalakkan menggunakan Skor Muzik Asal. Jika mengguna
pakai music track yang sedia ada di pasaran / hakmilik orang lain,
peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada
pihak-pihak yang berkenaan.
8. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Penyertaan
adalah percuma.
9. Borang Penyertaan hendaklah disertakan dengan :
a) Sinopsis produksi
b) 5 gambar pegun warna (still photo) produksi
c) 2 salinan DVD
d) 1 salinan pita master (master tape)
e) Biodata peserta
f) 1 salinan surat kelulusan jika mengguna pakai music
track di pasaran / hakmilik orang lain
g) 1 salinan Kad Pengenalan peserta
h) Perakuan dari Institusi (peserta perlu mendapatkannya dari
institusi yang diwakili – ikut contoh Borang FNM / KPM / 01 yang
disediakan.)
* HANYA PERLU DIISI OLEH PELAJAR INSTITUSI SAHAJA.
i) Pengesahan tenaga kreatif produksi (isi borang FNM / PKM / 02)
j) Perakuan produksi tidak pernah menyertai festival filem (isi
borang FNM / PKM / 03)
Dan dihantar ke alamat berikut :
Urus Setia
Program Karyawan Muda 2008
Jabatan Filem Negara Malaysia
Jalan Utara
46547 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Muka 1 |
2 |