|
PENGENALAN DAN LATARBELAKANG
1.1 Kementerian Penerangan menerusi 2 Jabatan di
bawahnya iaitu Jabatan Filem Negara Malaysia ( FNM ) dan Jabatan
Penyiaran Malaysia ( RTM )
akan menganjurkan Program Karyawan Muda.
1.2 Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang
berumur 30 tahun ke bawah. Program Karyawan Muda secara rasminya
menggantikan
Anugerah Filem Pendek yang pernah dianjurkan pada tahun
2006.
TUJUAN
2.1 Mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri perfileman
tempatan yang boleh diasah bakatnya oleh FNM / RTM dan pihak-pihak
lain.
2.2 Memberi ruang kepada karyawan filem tempatan terutama
karyawan baru untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka melalui
penerbitan
filem / video yang akan ditayangkan kepada umum.
2.3 Menggalakkan dan mempromosi penerbitan filem / video
pendek sebagai salah satu produk perfileman di Malaysia.
2.4 Menggalakkan dan mempromosi filem / video pendek Malaysia
untuk diketengahkan dan dipertandingkan di dalam festival-festival
filem antarabangsa.
OBJEKTIF
3.1 Membangunkan intelektualisme perfileman bagi memajukan
industri kandungan tempatan.
3.2 Memperkukuhkan nilai-nilai dan identiti kebangsaan serta
seni, budaya dan warisan peradaban bangsa melalui filem bagi
melahirkan
industri kandungan tempatan yang memiliki jati
diri yang tinggi.
3.3 Memperkasakan potensi-potensi para pengamal filem bagi
melahirkan pengusaha filem yang gigih dan cemerlang sehingga mampu
memajukan
industri kandungan tempatan.
|